Bismillahirahmanirahim…..

Ya Allah Ya Tuhanku,

Alhamdulillah…syukur aku masih bernafas,

Panjangkan umurku Ya Allah….

Ya Allah Ya Tuhanku.

Aku lupa,

Aku sombong,

Aku berbuat dosa,

Aku menyakiti hati IBUBAPA ku,

Aku menyakiti hati orang di sekelilingku,

Sungguh banyak dosaku,

Ampunkan aku YA ALLAH…sesungguhnya Kau Maha Pengampun.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Hijrahku bukanlah hanya berdasarkan kata-kata,

Akan ku buktikan dengan perbuatan,

Jadikan aku hambamu yang selalu mengingatiMu,

Jadikan aku hamba yang selalu mendirikan solat,

Jadikan aku hamba yang tidak mudah lupa diri,

Jadikan aku hamba yang tidak lalai dengan kemewahan duniawi,

sesungguhnya semua itu tidak akan kekal sampai ke mati,

Jadikan aku hamba yang selalu menjaga kata-kata,

supaya aku tidak akan mengecilkan hati orang tuaku sehingga mereka menitiskan air mata,

Ya Allah Ya Tuhanku,

Hijrahku adalah untukMu,

Hijrahku adalah untukku,

Berilah aku cahaya dan hidayah,

Agar aku tidak terjerumus ke jalan yang salah.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Kuatkanlah aku untuk menempuh ujianMu,

Sesungguhnya Kau lebih mengetahui tahap kesabaranku,

Berikanlah jalan supaya aku bangun jika suatu masa aku terduduk,

Janganlah kau biarkan aku berasa menyesal pabila sudah terhantuk.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sesungguhnya jalan cerita ku sudah Kau aturkan,

Kuatkanlah semangatku supaya aku mampu terus bertahan,

Jadikan aku hamba yang mampu menyelesaikan masalah,

Agar aku tidak cepat menyerah.

Amin.

Written by: Nurul Syahirah*

*Sekilas cerita tentang Syira:

Namaku Nurul Syahirah dan selalu dikenali sebagai Sya atau Syira di kalangan teman-teman. Aku anak ke-2 dalam 4 adik beradik. Aku menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Umurku 22 tahun. Aku baru sahaja menghabiskan pengajianku pada akhir tahun 2010 di salah satu local universiti di Tanah Air. Sekarang aku sedang bekerja di salah satu syarikat swasta di Kuala Lumpur. Aku mula memakai hijab pada tahun lepas ketika itu Awal Muharram dan masih istiqamah. Alhamdulillah.

Saat aku mendapat petunjuk adalah semasa Awal Muharram tahun 2010 dan ketika itu aku sedang solat Asar. Selepas memberi salam terakhir aku berdoa dan tiba-tiba aku mendapat satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Seperti sedih dan sayu sekali. Tiba-tiba aku menangis dan rasa bersalah yang amat kerana tidak memakai tudung selama ini. Selapas itu terus aku memutuskan untuk terus berhijab. Orang yang paling gembira sekali adalah ibu-bapakku kerana setiap hari berdoa agar aku diberi petunjuk dan ingin sekali melihat anak perempuannya berhijab. Doa ibubapa itu kan sangat mujarab. Alhamdulillah.🙂

Doa Hamba untukMu

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: